Anak-anak umpama permata bagi ibu bapa. Kehadiran mereka pasti menceriakan rumah tangga pasangan suami isteri.
Namun sejauh manakah anak-anak menjadi insan yang berguna, soleh dan cemerlang. Cukupkah dengan menggilap kecemerlangan akademik semata-mata.
Buku ini sesuai dijadikan panduan untuk membentuk anak-anak cemerlang di dunia dan akhirat. Sesungguhnya tiada harta yang bermakna buat ibu bapa melainkan anak soleh yang sentiasa berbakti kepada mereka.
Turut dimuatkan dalam buku ini kaedah mendidik anak menjadi cemerlang dengan menekankan pelbagai aspek seperti kesihatan, psikologi, akhlak, ibadah dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan