Rabu, Februari 08, 2012

MUTU PENULISAN

Di Karnival Buku Karangkraf baru-baru ini. 
Menoleh ke dalam diri, masih banyak perkara yang ingin saya gali dan tingkatkan. Membaiki kelemahan dan terus meningkatkan diri. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Jika kita sibuk dengan kerja sendiri, kita tidak ada masa untuk menilai kelemahan orang lain. Kita akan menggunakan masa dengan melakukan kerja-kerja yang membawa manfaat. Setiap detik masa dikira sangat berharga tanpa mahu mensia-siakan walaupun sesaat jua.


Alhamdulillah, manuskrip buku telah dihantar ke penerbit Karya Bestari untuk penilaian dan proses suntingan. Moga-moga dimudahkan Allah proses buku ini. Saya perlu bersedia untuk membaik pulih jika ada mana-mana bahagian yang perlu ditokok tambah dan menerima teguran. Apa yang penting saya terus belajar dan belajar untuk membaiki mutu penulisan buku yang seterusnya.

Tiada ulasan: