Jumaat, Februari 10, 2012

JAGALAH HATI.

Adakalanya kita menjadi payah untuk menjaga hati. Mudah untuk berkata; "Ikhlaskan hati". Tetapi di segi perlaksanaannya hanya Allah jua yang tahu mujahadah diri. Memang benarlah ikhlas itu hanya Allah yang tahu. Namun begitu, kita mesti juga belajar dan melawan nafsu untuk melakukan sesuatu itu dengan ikhlas. Buat sesuatu untuk mendapat keredaan Allah, bukan untuk mendapat nilaian manusia. 


Jika kita melakukan sesuatu kerana Allah, kita tidak akan patah hati atau kecewa bila orang tidak memandang apa yang kita buat. Malahan jangan mengharap ucapan terima kasih pun daripada orang lain. Berbuat baiklah hanya kerana Allah semata-mata, maka ita akan menguasai keadaan. Kita tidak akan terusik dengan kebencian dan tidak merasa terancam dengan kekejian.


Kita juga tidak akan terperanjat jika orang yang kita beri tongkat untuk menghalau kibas gembalaannnya akan  mengambil tongkat itu dan memukulnya ke kepala kita pula. Semua ragam dan perangai manusia ini tidak sedikitpun menjejaskan jika kita melakukan sesuatu benar-benar iklas kerana Allah dan bukan untuk mandapat ganjaran daripada manusia. Hati kita menjadi teguh dan kebal untuk berhadapan dengan gelagat manusia yang kebanyakannya mementingkan diri sendiri.  

Tiada ulasan: