Isnin, Februari 06, 2012

IDEA YANG BERTERUSAN

Kota Lama, Pulau Pinang.
Semasa di bilik hotel terasa idea segar untuk mencatit sesuatu, malam terasa sunyi tetapi mata saya tidak boleh tidur. Lantas membuka komputer dan teringin untuk menulis. Di keheningan malam fikiran menjadi segar, dan mesti menulis sesuatu agar hati menjadi tenang.


Misalnya dengan menulis apa matlamat kita dan membuat perjanjian dengan diri sendiri. Matlamat itu akan sentiasa tersemat dalam fikiran dan akan mengingatkan saya secara sedar ataupun separa sedar untuk saya mencapainya.  Idea boleh didapati di mana-mana tetapi terpulanglah kepada diri sendiri untuk mengimplementasikannya dengan berkesan.       


Ingat wahai diriku! Matlamat yang tidak ditulis seumpama angan-angan sahaja. Bila kita menulis matlamat, ia menjadi sesuatu yang nyata, yang boleh dilihat dan diserap ke dalam minda.   

Tiada ulasan: