Ahad, Februari 12, 2012

IBUKU SAYANG.

Sabtu ini saya tidak ke mana-mana. Anak-anak pun tiada di rumah. Masa yang ada saya penuhi dengan menghadirkan diri ke kelas pengajian Al-Quran dibawah pimpinan Ustaz Suhaimi Sulaiman di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah. Saya berazam sedapat mungkin untuk menghadirkan diri ke kelas Ustaz Suhaimi,  iaitu setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi membawa ke 11.00 pagi.


Hari ini saya belajar tentang Surah ali-Imran ayat 33 membawa ke ayat 37. Iktibar buat diri saya;
  • Allah telah mengangkat darjat wanita dengan kedatangan agama Islam. 
  • Sebaik-baik perhiasan di dunia ini, ialah wanita solehah. 
  • Seorang ibu hanya perlu berdoa yang baik-baik sahaja untuk anak-anak.
  • Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggoncangkan dunia. (mampu mendidik anak-anak dengan perkara-perkara yang baik untuk kepentingan negara dan dunia).
  • Menghormati ibu yang sudah bersusah payah melahirkan kita ke dunia. Pengorbanan mereka ke tahap sanggup berkorban nyawa semasa melahirkan anak. 
Awas diriku! Di samping dirimu berada di sisi suami dan anak-anak, jangan mudah lupa untuk mengenang jasa ibu. Ibu yang bersusah payah mengandung dan melahirkan dirimu ke dunia ini. Ibu yang sanggup menyusui dan membelai dirimu dengan kasih sayang yang tiada tepinya.


Ya Allah! Mengenangkan jasa ibu bagaikan tidak tahu lagi apa yang perlu dibuat untuk menyanjung tinggi jasa dan pengorbanannya. Rasanya tidak terbalas lagi segala kebaikan yang telah diberikan.....

Tiada ulasan: