Sabtu, Februari 25, 2012

TUNTUT ILMU.

Salam Sejahtera, 
 Hujung minggu ini saya berazam untuk menghadiri kelas Tajwid dan Tafsir al-Quran pada hari Sabtu oleh Ustaz Suhaimi Sulaiman Imam Surau Jumaat Mutiara Damansara. Kelas Bahasa Arab pula pada hari Ahad yang dikendalikan oleh Ustaz Shuib yang berasal dari Yaman. Minggu ini akan saya penuhi masa dengan menuntut ilmu. Kita mestilah menuntut ilmu dari buaian hinggalah sampai ke liang lahad. Selagi masa dan peluang masih ada akan saya penuhi hidup ini dengan perkara-perkara yang membawa manfaat. 

Sekarang saya juga sedang menumpukan perhatian untuk membaik pulih manuskrip buku yang terbaru. Menjadi seorang penulis mestilah bersedia untuk menerima segala teguran dari pihak penerbit terutamanya editor yang telah dipertanggung jawab untuk mengedit bahan penulisan kita. Saya bersedia untuk menerima segala kritikan atau pandangan yang membina, itulah liku-liku yang mesti kita lalui untuk memantapkan diri sebagai seorang penulis. Moga-moga segala kritikan akan menjadikan saya seorang penulis yang lebih baik dari semalam. 

Hari-hari yang dilalui saya terus belajar untuk menulis dengan yang lebih baik dan baik lagi. Agar menjadi yang terbaik. Alhamdulillah.  Segala pujian hanya layak bagi Allah.

Apa yang penting, semua yang menjadi bahan penulisan itu adalah untuk mendidik diri saya terutamanya. Selebihnya moga diizinkan oleh Allah agar jutaan manusia akan mendapat manfaat bersama. Hidayah dan taufik daripada Allah, moga berterusan dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Cemerlang di dunia dan cemerlang juga di akhirat sana.         


Salam sayang di hujung minggu,
Zuhriah Mohamad Juoi. 

Tiada ulasan: