![]() |
| Kumpulan Madeehul Mustafa dari Singapura di Surau Mutiara Damansara sempena Maulidur Rasul 1433H. |
Apa yang dilakukan, semuanya untuk melahirkan rasa cinta kepada Rasulullah s.a.w. Semangat perjuangan Rasulullah s.a.w, keluarga serta sahabatnya akan membara dan menyala dalam diri untuk sama-sama kita meneruskan perjuangan baginda. I
"Sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat." (Riwayat Bukhari)
Bersyukur dengan apa yang kita ketahui. Ilmu yang kita pelajari, selain difahami perlu diamalkan. Mengikut Rasulullah s.a.w ibarat kita berada dibawah naungan cahaya yang terang untuk menuju jalan-jalan kejayaan. Namun kita mesti ingat setiap perjuangan mestilah ada ujiannya.
Perjuangan Rasulullah di kota Makkah penuh dengan penderitaan dan penyiksaan, tetapi baginda tidak pernah rasa kecewa malahan meneruskan perjuangan yang benar dan suci. Menegakkan Islam pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Hingga 3/4 dunia berjaya berada di bawah kekuasaan Islam.
Kita mestilah meneruskan perjuangan baginda untuk kembali mengulangi sejarah kejayaan dn kecemerlangan tersebut. Tidak susah, ianya hanya perlu bermula dari diri sendiri dahulu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan