Manusia memerlukan santapan rohani yang sentiasa segar untuk menjadikan dirinya seorang yang cemerlang. Jarang mengeluh tetapi meneruskan kehidupan dengan penuh harapan dan doa, moga setiap yang disentuh akan berhasil dengan kejayaan. Menempoh liku-liku kehidupan, kita tidak menempoh semuanya dengan keindahan, adakalanya kita diuji dengan pelbagai kesusahan demi kesusahan. Kesusahan itu tidak kita hadapi dengan keluhan, merungut atau berputus asa. Malahan ia menjadikan kita manusia yang terus gigih berusaha dan bersabar. Sabar dalam menempoh gelombang kesusahan dan penderitaan.
Firman Allah:
"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. (Surah Ibrahim: 21)
Firman Allah:
"Dan orang-orang yang bersabar kerana mencari keredhaan Tuhannya." ((Surah ar-Rad: 22) Ingatlah Allah itu Maha Adil, selepas kesusahan dan penderitaan pastinya kita akan berada dalam kesenangan. Namun sebelum kita menempoh kemudahan dan kesenangan, dos sabar adalah penawar yang terbaik. Sabar bukannya mudah, tetapi tidaklah payah untuk dimilki. Moga sifat sabar menjadi pakaian yang menghiasi diri, biarlah susah dahulu, akan senang kemudiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan