Ahad, November 27, 2011

KEHIDUPAN.


"Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Singgah sebentar di Teluk Cempedak, Kuantan mengingatkan saya kepada peribahasa ini. Saya hanya mampu berjalan di tepi pantai sahaja, takut dengan ombak yang sedang menghempas.
Menempoh layar kehidupan, segalanya perlu diharungi. Ada kalanya kita menempoh laut yang damai. Seketika kita dilanda gelombang ujian kehidupan. Kita diasak dengan masalah-masalah kehidupan. Rasa susah, senang, suka, duka dan lain-lain silih berganti dalam kehidupan ini.

Orang yang beriman akan mengharungi hidup ini dengan tenang walau apa jua keadaan yang melanda. Ketika senang, kita bersyukur dan masa susah kita menjadi reda. Tanpa ada sifat keluh kesah apa lagi untuk merasa kecewa atau putus asa dalam kehidupan. Optimis dalam kehidupan dengan meneruskan segala usaha dan ikhtiar untuk menggapai kejayaan dan kecemerlangan.

Tiada ulasan: