Isnin, November 28, 2011

PEMBACA SETIA.

Pada pagi cuti sempena menyambut 1433Hijrah, sedang saya dan suami bersarapan, saya menerima sms dari seseorang. Agak panjang juga bunyinya. Antara lain;

"Puan, buku puan saya dah habis baca. Pada saya buku tu amat menarik sekali dan boleh dijadikan bahan rujukan pada semua orang. Banyak perkara yang dapat saya pelajari dari buku puan. Saya amat berterima kasih kerana buku puan memberi pengajaran. Keinsafan, pelajaran pada saya. Perasaan saya amat terharu hingga mengalir air mata sebak sedih pilu insaf gembira gelihati dan macam-macam. Saya bersyukur, Alhamdulillah. Saya harap puan dapat meneruskan cita-cita puan yang murni ini. Saya akan menyokong puan dan akan menjadi pembaca setia. Terima kasih, perubahan pada saya sekarang ini suka baca buku. Puan, buku seterusnya okey...saya tunggu..Wassalam."

Begitulah yang tertulis. Apa ya perasaan saya, bila selesai membacanya? Sesungguhnya sebagai orang yang menulis buku TERIMA KASIH TUHAN ATAS CINTA INI, hanya pada Allah saya memohon hidayah dan taufik. Moga usaha saya untuk menyiapkan buku yang seterusnya dipermudahkan oleh Allah.

Tiada ulasan: