Isnin, Februari 07, 2011

Dunia Buku - ANAK CEMERLANG MENDIDIK GENERASI GEMILANG.



Mendidik anak-anak merupakan suatu tanggung jawab yang besar kepada ibu bapa. Anak-anak bukan sahaja menjadi tanggungung jawab ibu bapa, tetapi merupakan amanah Allah kepada kita. Sejauhmanakah ibu bapa telah menjaga amanah yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita?

Eloklah kita fikir-fikir dan renung-renungkan.

"ANAK CEMERLANG MENDIDIK GENERASI GEMILANG" adalah buku saya yang tercetus ideanya, bila saya sendiri telah merasai bagaimana mendidik anak-anak. Walaupun anak saya hanya dua orang sahaja, tetapi mendidik dan membesarkan mereka adalah suatu pengalaman indah yang tidak terkira nikmatnya.

Sampai sekarangpun, saya masih memanjang kesyukuran kepada Allah, yang memberikan saya nikmat membesarkan dan mendidik anak. Moga-moga amanah Allah ini dapat saya corakkan untuk menjadi manusia yang beriman kepada Allah dan Rasul. Menjadi anak yang soleh. 

Pastinya semua ibu bapa akan berimpian sama seperti saya. Anak-anak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya sama ada di dunia dan di akhirat.

Tiada ulasan: