Isnin, Februari 07, 2011

MENERUSKAN KERJA-KERJA PENULISAN.



Suasana DE PALMA HOTEL, Kuala Selangor, sangat memberikan inspirasi untuk meneruskan kerja-kerja penulisan. Terhindar dari suasana bandar seketika. Angin yang berhembus nyaman dan pokok-pokok kelapa yang kehijauan sangat menyegarkan minda.

Apa yang penting, DE PALMA HOTEL, menyediakan surau untuk bersolat jemaah lima waktu. Suara azan yang berkumandang, menyebabkan diri cepat-cepat berkemas untuk tidak ketinggalan menunaikan solat berjemaah sepanjang berada di sini.

Ada sebuah buku lagi yang sedang diusahakan. Sesungguhnya bakat yang telah dikurniakan oleh Allah, tidak sepatutnya dipendamkan begitu sahaja. Ianya perlu digilap dari hari ke hari. Agar terus menyinar.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang benar-benar memerlukan pertolongan. Agar dikurniakan hati yang tenang dan damai untuk terus menulis. Menulis sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Tiada ulasan: