Rabu, Januari 26, 2011

ANTARA WARNA-WARNA KEHIDUPAN.



Salah satu antara warna kecemerlangan ialah warna ungu. Bila melihat warna ungu saya rasa gembira dan ceria. Segar mata bila memandang sesuatu yang berwarna ungu.

Lihat pada bunga berwarna ungu itu, fikiran menjadi segar dan sihat. Ghairah untuk memikirkan dan melahirkannya melalui tulisan.

Moga-moga hari-hari yang dilalui penuh dengan warna-warna kejayaan dan kegemilangan. Agar setiap langkah kehidupan dapat diatur mengikut syariat Tuhan. Di mana dan ke mana sahaja kita membawa diri, syariat perlulah menjadi perkara pertama dan diutamakan. Itulah yang akan membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selamat berjuang menempoh kejayaan dan kecemerlangan.

Tiada ulasan: