Kampung Kelip-Kelip, Kuala Selangor.
Inilah bunga berembang. Boleh dilihat hanya pada waktu malam. Menjelang pagi ia akan jatuh dan layu. Ianya seperti kelip-kelip juga, yang hanya boleh dilihat pada waktu malam sahaja. Pokok berembang menjadi tumpuan atau tempat di mana kelip-kelip singgah untuk mengeluarkan cahaya di waktu malam.
Suatu pengalaman yang baru. Alhamdulillah, kebesaran Allah SWT jua yang menciptakan kelip-kelip dan bunga berembang ini. Allah Maha Besar. Allah Maha Pencipta.
Lantas aku menyegerakan diri untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Cuba solat di awal waktu tanpa mahu melengah-lengahkannya. Solat adalah tunggak utama dalam kehidupan manusia untuk melahirkan rasa seorang hamba. Iaitu hamba yang taat kepada segala perintah Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan