Rabu, Disember 14, 2016

BERSYUKURLAH SELALU.

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, kerana terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Tetapi tidak tahulah, sama ada kita menyedari ataupun tidak.  Namun ketika ini, saya sungguh menyedari bahawa nikmat Allah terlalu banyak yang saya kecapi. Moga saya menjadi manusia yang tahu bersyukur dan menjadi hamba yang taat kepada perintah Allah.  

Hari ini juga memberikan saya satu semangat yang baru untuk terus berjuang dan bekerja dalam mencari keredhaan Allah SWT. Terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan sebelum kematian datang menjemput. 

Segala amanah yang Allah berikan, ingin saya memikulnya dengan penuh tanggung jawab dan ingin melaksanakan sebaik mungkin. Moga bila saya meninggal kelak, saya dapat menjawab dengan baik bahawa segalanya telah saya lakukan dengan kemampuan dan sedaya upaya saya. 

Pastinya ketika menjalani kehidupan di dunia ini, saya juga tidak terlepas dari kesalahan dan dosa-dosa, moga Allah mengampuninya dan apa yang saya harapkan ialah rahmat Allah SWT.      

Moga ukuwah yang terjalin berkekalan di dunia dan akhirat.