Sabtu, Jun 18, 2016

KELEBIHAN MENULIS DAN MEMBACA..

Salam sejahtera. 

Menulis itu akan merangsang minda untuk berfikir. Ia membantu untuk menjadikan fikiran lebih tersusun dan manusia menjadi aktif. Tidak statik, malahan dengan menulis apa yang ingin kita lakukan, kita mampu melakukan sesuatu tindakan dengan segera, teliti dan teratur. 

Banyak masalah dapat diselesaikan jika kita rajin menulis tentang sesuatu atau apa yang menjadi isunya. Itulah kelebihan menulis apa sahaja yang sedang kita fikirkan atau masalah yang dihadapi, ia memudahkan kita berfikir dengan tenang dan cuba mencari jalan penyelesaian dengan menulis satu persatu apa masalah yang sedang dihadapi.   

Menulis mampu menenangkan fikiran yang kusut, secara tidak disedari kita dapat jalan penyelesaian dengan cara menulisnya. Alhamdulillah, namun tidak semua orang akan menggunakan kaedah ini. Mungkin mereka yang minat menulis sahaja akan memilih cara ini. Bahagia dengan suka menulis dan membaca. 

Kini, saya menulis bagaikan mencuri-curi masa. Bila ingin menulis, badan pula terasa penat. Banyak aktiviti yang dilakukan menyebabkan badan tidak berupaya untuk terus menulis. Manuskrip yang ada masih tidak bersambung lagi. Perlu keazaman, kesungguhna dan mendisiplin masa untuk menyiapkannya. 

13 Ramadhan 1437H.