Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w, para sahabat dan keluarga baginda.
Suatu ketika dahulu, sedang saya melihat Dr. Zakir Naik berceramah di televisyen, terdetik di hati untuk benar-benar dapat melihat dan menghadiri program seperti itu. Peluang ini tidak saya lepaskan bila mendengar Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia.
Alhamdulillah bertempat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, saya bersungguh ditemani anak dan suami untuk mengikuti program Zakir Naik. Seawal petang kami bertolak dari rumah. Tiba di Stadium Hoki Buiktl Jalil, rupanya orang ramai sudah bersesak-sesak. Ya...Allah, berikan kesabaran untuk menempoh kesesakan ini.
Bermula dengan penampilan Brother Kamarudin, Firdaus Wong dan Fariq Naik. Stadium diperdengarkan dan diserikan dengan bacaan ayat-ayat al-Quran - Surah Ar-Rahman. Malamnya barulah kemunculan Dr. Zakir Naik di pentas. Alhamdulillah. Tajuk malam itu ialah "Is Quran The Word Of God."
Saya berpeluang menyaksi dan mendengar hujah-hujah pada sesi debat atau soal jawab oleh Dr Zakir kepada mereka yang bukan Islam. Ramai yang sanggup menunggu walaupun sudah ke menjangkau 2.30 pagi. Bila Allah telah membuka hati kepada Islam, tiada siapa yang dapat menghalang. Pada malam itu seramai empat orang telah memeluk agama Islam. Allahu Akbar.
Alhamdulillah, sangat terkesan di hati. Peristiwa yang membuka mata dan minda, bahawa perjuangan inilah yang dinanti-nantikan oleh semua. Terkenang pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat, ya...Islam kembali gemilang.
![]() |
Dr Zakir Abdul Karim Naik
Tarikh lahir 18 Oktober 1965
Doktor/Penulis/Pendakwah
|
