Rabu, April 13, 2016

DEWI PET SHOP, KOTA DAMANSARA.

Assalamualaikum. 

Semasa saya tinggal di Sungai Penchala, saya akan mencari makanan untuk kucing sekitar di Taman Tun Doktor Ismail, Petaling Jaya. Saya memilih makanan jenis Royal Canin kerana itulah yang disyorkan oleh doktor haiwan. Walaupun agak mahal, saya tetap membeli kerana kasihan kepada kucing dan memudahkan kerja-kerja penyediaan makanan. 

Cuma di segi pasir tempat kucing membuang najis sedikit bermasalah. Dari bulan ke bulan saya tercari-cari yang paling baik, selesa,  mudah dan murah untuk kucing. Namun masih belum menjumpainya.  

Suatu hari saya berjalan-jalan untuk menjadi kedai 'Ustaz' yang menjual peralatan telefon yang murah di Kota Damnsara, tiba-tiba saya ternampak kedai yang menjual makanan kucing. Saya memberhentikan kereta dan terus masuk. Nama kedai itu ialah Dewi Pet Shop, Kota Damansara.  

Saya disapa oleh seorang anak muda yang bernama Aizat. Alhamdulillah, orangnya peramah. Secara tidak langsung saya menyenangi cara Aizat menyantuni pembeli yang datang berkunjung.  Saya berbual dan bertanya macam-macam soalan tentang kucing. Cara memelihara kucing dengan baik, pemakanan, kesihatan  dan lain-lain. Saya menerima jawapan yang memuaskan.

Masuk dalam bab membuang najis kucing, Aizat mengesyorkan saya mencuba MULTI- CAT pasir yang mudah dibuang bila kucing telah membuang najis. Alhamdulillah,ia sangat berbaloi dan memudahkan. Masalah mengemaskan najis kucing telah dapat diatasi.   

Terima kasih Aizat di atas segala saranan. Terbaik! 

Makanan untuk Smokey yang telah beranak empat. Rezeki kucing lebih mahal dari makanan manusia.   

Penyelesai masalah pembuangan najis kucing. 

Kucing-kucing yang semakin bertambah, moga-moga rezeki bertambah untuk menjaga kebajikan mereka. Sayangi dan kasihilah kucing anda.