Ahad, Disember 20, 2015

SI PENYELESAI MASALAH - PEN DAN KERTAS.

Assalamualaikum. 
Satu tips yang boleh saya kongsikan ketika kepala berserabut dengan pelbagai masalah yang melanda. Caranya mudah sahaja. 

1. Ambil sepatang pen dan sehelai kertas kosong. 
2. Tuliskan apa yang ada dalam fikiran. Tulislah yang terlintas. Jika tidak tahu untuk menulis apa, dahulukan dengan menconteng apa sahaja. Nanti akan terbentuk huruf, perkataan dan ayat.
3. Tulis apa masalah dan jalan-jalan penyelesaian yang nampak ketika itu. 
4. Usah fikir logik atau tidak, tulis sahaja.
5. Bila asyik menulis, sedikit demi sedikit masalah menjadi semakin mudah dan nampak bagaimana untuk menyelesaikan. 
6. Nampak mudahkan? Itulah peranan kalam dan kertas dalam kehidupan ini. Rugi jika anda tidak melakukannya. 
7. Selamat mencuba. 



*Sekarang dah mudah...gunakan sahaja telefon pintar yang ada, anda bebas memilih yang mana satu yang lebih sesuai dan efektif untuk diri.