Ahad, Mac 01, 2015

MASJID CINA MELAKA.

Assalamualaikum. 

Hari ini saya berkesempatan untuk pergi ke Masjid Cina Melaka. Kebetulan pula cuti sempena tahun baru Cina. Terlintas di hati untuk singgah sebentar menunaikan solat jamak qasar taqdim (solah zohor dan asar) di masjid ini. 

Alhamdulillah, sangat menggembirakan hati bila sampai di rumah Allah. Masjidnya sangat selesa, bersyukur dapat menunaikan solat di sini dan ingin pula bergambar di masjid yang serba cantik dan bersih, sebelum menuju perjalanan menuju ke rumah adik di Paya Emas, yang hanya beberapa kilometer sahaja dari sini.


Masjid indah berseri, merah yang memikat untuk masuk ke dalam dam menunaikan solat.  


Seketika di luar kawasan masjid, sebelum meneruskan perjalanan.  

Perkarangan masjid yang selesa dan mendamaikan.