Assalamualaikum.
Baru terasa sedikit aman untuk menulis. Tahun 2015 sungguh mencabar. Bermula tahun ini, masa saya agak dipenuhi dengan membuka kelas-kelas Pengajian Asas Al-Quran, selain memberikan komitmen kelas yang sedia ada.
Alhamdulillah, moga Allah berikan saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini. Mengajak diri, keluarga dan juga masyarakat di luar sana untuk sama-sama kembali kepada al-Quran. Selain dapat membaca dengan tartil dapat pula memahami dan memperjuangkannya. Jika umat Islam mahu dipandang kuat, maka binalah kekuatan itu dengan kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kita perlu untuk sentiasa membaca kisah-kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabat, kerana semangat perjuangan mereka mampu memberikan contoh teladan yang baik kepada kita. Walaupun mereka telah meninggalkan kita, namun sejarah perjuangan mereka tetap memberi inspirasi untuk terus segar memperjuangkan Islam dalam diri dan seterusnya menyampaikan kepada yang lain.
Ya Allah, bantulah hambamu ini untuk kekal melakukan kebaikan sehingga saat kematian datang menjemput.
Salam sayang dan jumpa lagi.