Terasa ingin mencatit sesuatu tentang kenangan tahun 2014. Banyak peristiwa duka yang melanda negara Malaysia yang tercinta ini. Kehilangan MH370 masih menjadi tanda tanya, disusuli kaalterbang terhempas MH17. Ramai yang menjadi korban.
Penutup 2014, negeri Kelantan dilanda banjir yang sungguh teruk.
Dalam sibuk di sana sini dilanda banjir, majlis perkahwinan anak saudara saya Nisa - Izzul Islam tetap diteruskan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan selamat.
Nisa merupakan anak kepada kakak saya Hajah Lamrah. Kakak Lamrah sudah kematian suami (sakit jantung) pada tahun 2010 kira-kira 5 tahun yang sudah.
Bila kami berkumpul meraikan majlis perkahwinan ini setidak-tidaknya, kakak tidaklah merasa sedih dan sedikit terhibur.
![]() |
| Bersama abang, kakak dan adik. Masih ada yang tidak sempat bergambar. |
![]() |
| Opah pasti bahagia disamping anak-anak dan cucu-cucu. |
![]() |
| Gambar kenangan di majlis perkahwinan Nisa dan Izzul Islam. |
![]() |
| Anak-anak saudara yang ramai...ini baru suku sahaja. |



