Ahad, November 02, 2014

SANA -SINI : RESTORAN KLASIK TERAPUNG (TOMYAM KLASIK)

As Salam. 

Rugi rasanya jika saya tidak merakamkan kenangan yang menarik ini. Dalam keadaan diri yang cukup penat kerana memandu dalam keadaan hujan yang lebat ketika melalui Nilai. Namun saya berdoa agar perjalanan selamat sahaja hendaknya.   

Alhamdulillah selamat juga sampai petang itu. Dan malamnya ada rezeki di Restoran Klasik Terapung. Walaunpun badan agak penat sebab baru sahaja pulang dari Kedah, rehat sekejap di rumah dan meneruskan perjalanan ke Melaka pula. 

Keadaan tenang dan damai dapat bersama keluarga adik dan emak. Sempat juga merakamkan kenangan berada di restoran tersebut. Makan bersahaja menggunakan meja bawah tanpa kerusi. Mata mengantuk dan saya memerlukan tidur yang segera. Esoknya lepas subuh akan bertolak ke Kuala Lumpur pula. Perjalanan yang panjang tetapi terasa sangat pantas, begitulah masa menjadi kian singkat.  

Makanan dari Tomyam Klasik baru sampai. 
Melihat apa menu yang istimewa?


Memandangkan mata yang dah penat benar, pilihan yang ada cepat pulang sahaja. 

Selamat tinggal Melaka! Ada rezeki datng lagi nanti. Insya Allah.