Assalam.
Dalam suasana menyambut bulan Syawal, saya sudah dilanda keletihan. Ke sana sini memerlukan fizikal badan yang kuat. Saya perlukan rehat seketika. Namun begitu, ada sesuatu yang ingin saya tulis.
Ketika saya pergi berhari raya ke rumah seorang hamba Allah, ketika hendak berpisah dia telah mengeluarkan beberapa keping RM seratus dan berkata;
"Ini tolong sampaikan kepada pihak yang berkenaan untuk membantu bumi Palestine."
Saya terpana juga melihat sumbangan yang dihulurkan. Saya tidak pernah meminta atau bercerita tentang sumbangan untuk Palestine. Tetapi mengapa begitu mudah dia menghulurkan wang dan juga kepercayaan. Ketika itu ada satu perasaan yang sunguh sayu dan sedih bila terkenangkan rakyat di bumi Palestine.
Ingin hati saya menjerit dan berkata;
"Lihatlah kami di Malaysia, sentiasa bersama menyokong perjuangan Palestine berhadapan dengan pihak Zionis yang kejam, zalim dan melampaui batas kemanusiaan. Walapun kami tidak berada di bumi Palestine, tetapi doa, sumbangan dan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk membantu Palestine telah kami lakukan. Usaha memboikot mereka yang menyokong Israel yang memusuhi Islam dan tidak membeli produk mereka."
Sejarah kezaliman musuh-musuh Islam berulang, ketika itulah saya terbayang perjuangan Rasulullah s.a.w dan para sahabat di Perang Badar. Sangat jelas kegagahan dan keberanian mereka menentang musuh. Bayangkan 313 orang berjaya mengalahkan beribu tenteran musuh. Di sebalik kekuatan keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka juga dibantu dengan bantuan Allah, yang mereka tidak dapat gambarkan. Akhirnya umat Islam menang ketika itu. Allahu Akbar.
Bila dikatakan kita menyokong perjuangan umat Islam yang menentang Zionis, kita di sini tidak perlu untuk mengangkat senjata. Doa juga merupakan senjata orang mukmin. Apa yang boleh kita bantu, kita bantu. Bila di akhirat nanti, bila Allah tanya...inilah sumbangan yang dapat kita lakukan untuk membantu bumi Palestine, selain doa yang sentiasa kita panjangkan.
![]() |
| Saya memilih Aman Palestine untuk menyalurkan sumbangan dan mengikut berita-berita terkini dari bumi Palestine. |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan