Wajah muka buku saya dipenuhi dengan berita-berita tentang bumi Palestin. Saya suka berkongsi di muka buku, agar saya tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan terkini. Saya segera berkongsi dan menghimpunkannya, harap-harap sumber yang dikongsikan itu sahih belaka. Jika tidak sempat saya membaca ketika itu, saya akan membacanya kemudian. Apa yang penting, saya tidak ketinggalan mengetahui perkembangan semasa dan terkini bumi Palestine.
Isu Palestin, memberikan saya satu semangat yang berkobar untuk merasai penderitaan orang lain, mereka yang sungguh-sunguh dalam perjuangan untuk menegakkan Islam dan mempertahankan Masjidil Aqsa dari cengkaman musuh Allah - Zionis laknatullah.
Isu Palestine mendekatkan diri saya kepada Allah. Bagaimana Allah sentiasa membantu orang-orang yang kental keimanannya. Jika Allah sudah memberi bantuanNya, musuh-musuh Islam akan menjadi buntu walaupun secanggih manapun senjata yang mereka gunakan. Kuasa Allah mengatasi segalanya. Pertolongan dan perlindungan Allah lebih luas dan manusia tidak dapat menjangka. Cuma keimanan dan pergantungan hanya semata-mata kepada Allah.
Walaupun fizikal saya kecil dan bagaikan tidak bermaya kerana demam, namun semangat pejuang-pejuang Pelastine mempertahankan Islam sangat mengujakan. Saya cuba untuk sentiasa mengikuti perkembangan di Gaza tanpa mengira waktu. Pagi, petang, siang dan juga malam. Sedikit sebanyak bila mengikuti perekmbangan mereka, ia dapat menjadikan kesedaran dan pergantungan saya kepada Allah turut menjadi kuat.
Apa yang terselit di hati dan membuatkan saya marah, bila melihat ratusan masjid dibakar, orang awam terutama kanak-kanak yang tidak berdosa senang-senang sahaja dibunuh tanpa ada lagi sifat keperimanusiaan. Letupan bom usah dikira dan suasana yang huru hara. Bayangkan jika kita beada di bumi Palestin. Mungkin kita tidak akan tenang dan damai sebagaimana kita berada di Malaysia.
Ini lebih menginsafkan diri saya untuk lebih bersungguh-sungguh dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan di bumi Malaysia. Jadilah kita manusia yang lebih bersyukur dan usah menjadi manusia yang kufur.
Manusia yang bersyukur sentiasa ingat untuk menjalankan perintah Allah. Manusia yang kufur sentiasa melalai dan melupakan Allah. Selagi nyawa Allah panjangkan, moga kita sentiasa menjadi manusia yang bersyukur.
Wassalam.
![]() |
| Dikhabarkan ratusan masjid musnah. |
![]() |
| Siapa yang menjadi mangsa Zionis? |


Tiada ulasan:
Catat Ulasan