Rabu, Julai 30, 2014

SUATU HARI DI HARI RAYA.

Assalam. 

Hari ini adalah hari ke tiga Syawal 1435H bersamaan hari Rabu 30 Julai 2014. Agak kalut sikit hingga tidak update blog ini sudah beberapa hari berlalu. Bila tidak menulis, hati dengan sendiri merasa rindu dan saya kembali untuk bermesra bersama blog ini.

Mengimbas kembali kenangan beberapa hari yang lalu, saya berkesempatan menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Masjid Karangkraf. Alhamdulillah, selesai solat sunat dan menjamu selera di Karangkraf, destinasi menjadi pilihan untuk berhari raya ialah ke Melaka. Kami memilih untuk berada di sana selama tiga hari dua malam. 

Di sana saya gembira mencuba satu resepi mudah ialah nasi mendi yang pesnya semua segera dan tinggal untuk masak sahaja. Sangat mudah dan lazat pula rasanya. Tidak perlu ke restoren arab untuk merasai nasi mendi. Rebus ayam dan ikut sahaja resepi dan cara memasak yang telah disertakan. Masak sedikit kuah dalca. Alhamdulillah.   

Hari ke dua pula berpeluang cucuk dan bakar sate. Bolehlah masa yang ada digunakan untuk masak-masak, sementara semuanya berkumpul. Tetapi kali ini saya berdua sahaja dengan keluarga adik.


Seusai solat sunat Aidil Fitri di Masjid Karangkraf.  

Berkesempatan gambar bersama Dato' (Dr) Hussamuddin Yaacub dan isteri. 
    
Cara mudah untuk masak nasi arab. Berasmathi dan pes Yemeni Mendhi. 

Masa digunakan dengan rasa bersyukur dan sedikit rasa gembira sempena menyambut suasana hari raya di bulan syawal ini. 

Salam Syawal.