Rabu, Julai 30, 2014

SUASANA DI KAMPUNG.

Assalam.

Semalam saya masih teringat-ingat seronoknya dapat berhari raya dan merasai suasana behari raya di kampung adik ipar, iaitu di Pedas, Rembau.  

Perjalanan dari Melaka menuju ke Rembau, kami tempuhi  dengan melalui jalan-jalan kampung. Semasa di jalan raya terpaksa menunggu sebentar kerana memberi laluan kepada sekumpulan kerbau yang hendak melintas jalan. 

Suasana berhari raya dimulai dengan menziarahi Wan adik ipar yang sudah berumur 81 tahun. Pada kami disambut dengan penuh meriah. Sekeliling rumah dipenuhi dengan pokok-pokok buah-buahan. Cempedak, rambutan, langsat dan pelbagai. Untuk makan-makan saya tidaklah hairan, tetapi yang buat saya teruja adalah suasana kampung. Pokok-pokok dan rumput-rumput yang hijau sangat menyegarkan fikiran saya walaupun badan terasa penat. 

Kesan atau hasil perjalanan, menyebabkan pada malam itu saya tertidur awal dan terjaga awal. Lebih kurang pukul satu pagi saya terjaga, saya sudah teringat untuk segera kembali menemui komputer dengan perasaan yang tidak sabar untuk menulis sesuatu pada ini. Pemandangan yang saya lihat dan pengalamana yang dilalui mengujakan saya untuk segera menulis. 

Saya cuba menulis perjalanan ini, untuk menyegarkan minda bagi meneruskan perjalanan manuskrip yang sedang dalam proses penulisan. Banyak lagi kerja-kerja penulisan yang perlu ditekuni dan disiapkan. Ingat dan berilah dateline untuk diri sendiri.  

Mari kita lihat gambar-gambar yang sempat saya rakamkan.    
   
Rasa gembira bersama keluarga adik. 

Suasana kampung yang damai dan membuahkan idea menulis yang baik. 

Pertama kali sampai di tempat ini.  

Suami memtik buah rambutan dari pokok. 

Bersama Wan yang telah berumur 81 tahun. 

Habib bersama anak saudara.