| Surah ke 18 - 110 ayat. |
Membaca surah kahfi terasa menambah keimanan kepada Allah. Surah yang sering saya baca itu, saya susuri dengan memahami maknanya pula. Sejauh mana saya mengambil iktibar daripada surah ini.
Terasa kagum bagaimana peristiwa yang telah berlaku beribu tahun itu masih tegar memberikan suatu keinsafan. Inilah kelebihan al-Quran dan keistimewaanya sebagai mukjizat dari Allah.
Kitab suci al-Quran itu, firman Allah;
Sebagai pembimbing yang lurus; untuk memberi amaran akan azab yang berat di sisi Allah dan berita gembira kepada orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
Mereka tinggal tetap dalam balsan yang baik itu selama-lamanya. (Surah al-Kahfi : 2- 3)
Lihatlah bagaimana Allah menjaga mereka yang benar-benar mahu mempertahankan keimanan kepada Allah. Suatu iktibar yang cukup indah dan memberi pelajaran yang mendalam untuk menjernihkan mata hati ini.
(bersambung)