Sabtu, Mac 29, 2014

BACALAH SESUATU YANG MENYEGARKAN.

Segala pengalaman kehidupan yang dilalui boleh diguna pakai untuk dijadikan bahan penulisan. Melahirkan jiwa kreatif dalam menghasilkan sesuatu entri di blog.  

Seronoknya menulis di blog, ia boleh diwarna-warnikan. Blink blink, dengan penyertaan gambar sekali. Jika di buku kelihatan biasa sahaja, sekadar teks dan kebiasaannya muka surat berwarna putih. Lainlah jika buku yang khusus ada gambar dan berwarna-warni. 

Berkesempatan untuk mengunjungi MPH One Utama, saya terpandang dua naskhah buku yang mampu menarik minat saya. Setelah membelek seadanya, saya lantas ke kaunter bayaran. Buku tersebut sudah selamat di beli. Alhamdulillah.  



Selalunya begituah minat saya pada buku. Jika dengan makanan saya masih berfikir tentang harga, mahal atau tidak, tetapi dengan buku, saya selalu tewas. Tanpa mengira wang, saya akan cepat membayar dan segera ingin pulang ke rumah. Apa lagi? Tujuan cepat pulang untuk segera membaca dan menghadam apa yang ingin disampaikan oleh penulis dalam buku tersebut.   


Selepas membeli buku, saya memenuhi permintaan seseorang untuk membelikannya burger king. Tanpa lengah saya memesan burger king dengan kadar yang segera. Bungkus dan bawa pulang.