Isnin, Februari 03, 2014

RENDANG DAN PULUT KUNING

Sungai Udang, Melaka -  Pagi itu saya sempat bersarapan di suatu kedai makan, yang saya kira sungguh selesa, bersih dan tenang. 

Saya disambut ramah oleh pelayan restoran, menjemput dan mengambil pesanan dengan begitu mesra. Seperti biasa pagi itu saya memesan secawan kopi O. 



Memilih makanan yang tersedia ada dengan layan diri; rendang daging, nasi himpit, nasi lemak, ayam goreng, pulut kuning dan lain-lain menarik sekali. Secara spontan memukau selera. 

Rendang dagingnya menambat hati, lantas saya merasai sedikit bersama nasi himpit. 

"Wow...pedas dan sedap." Ingat Allah....Alhamdulillah.... rezeki waktu pagi dan berkat berpagi-pagian dalam musafir ini.  Itulah kata hati saya. 

Orang kata walaupun terasa pedas tapi masih ingin untuk meneruskan makan. Oleh kerana rendang itu memenuhi citarasa, saya menambah sedikit lagi. Kali ini dimakan bersama pulut kuning. Betul-betul makanan tradisional. 

"Alhamdulillah...hingga masih terkenang ke hari ini dan teringin pula untuk membuat rendang yang seperti itu." 

Tetapi spontan hati berbisik; jika saya membuatnya adalah boleh sesedap itu rasanya?  



Lihatlah pemandangan di belakang, terbentang keindahan pokok-poko kelapa. Jika berada di Kuala Lumpur bukan mudah untuk melihat pemandangan sebegini.    

Sekadar mencecah sedikit rendang daging bersama beberapa keping nasi himpit dan pulut kuning sudah memberi satu kepuasan dan bekalan perut untuk pulang ke Kuala Lumpur.   

Tiada ulasan: