"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Jumaat, Februari 21, 2014
CERITA CINTA AHMAD AMMAR
Bacalah CERITA CINTA AHMAD AMMAR untuk menghidupkan jiwa dan roh perjuangan kebangkitan Islam. Iktibar daripada kematian Ahmad Ahmar memberi keinsafan buat kita yang masih hidup.
Maka rajin-rajinkanlah diri untuk menyingkap sejarah yang berkaitan:
a. Perjuangan Sultan Muhammad Al Fatih yang membuka Konstantinopel sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya sebagai sebaik-baik tentera.
b. Tokoh ulama di bumi Uthmaniyyah - Badisuzzaman Said Nursi yang menyelamatkan iman rakyat Turki ketika kebanyakannya dilanda kegersangan iman.
c. Sejarah sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Ayyub Al-Ansari r.a yang bersemadi di pinggir Konstantinople.
Petikan kata-kata Abu Ayyub Al-Ansari;
"Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Konstatinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai."
d. Peribadi Ahmad Ammar yang begitu menarik dan berakhlak mulia itu merupakan rakyat Malaysia, yang jenazahnya disolatkan di Masjid Sultan Eyyub, Turki dan disemadikan di tanah perkuburan yang berdekatan.
Bila membaca buku ini, kesedaran dan semangat perjuangan Islam terasa menyerap ke dalam hati dan fikiran. Betapa masa yang Allah berikan kepada kita, mestilah digunakan sebaik mungkin untuk berjuang di jalan Allah dan melakukan sesuatu semata-mata mencari keredhaan Allah.
Lalu di manakah kita untuk terus memiliki roh dan semangat perjuangan seperti mereka? Ia hendaklah dimulai dengan mengetahui serba sedikit sejarah dengan cuba membaca, menghayati dan menjadikan mereka contoh untuk membakar semangat juang serta menyertai kebangkitan Islam itu sendiri.
