Isnin, Januari 27, 2014

PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN.


Menjadi hakim tilawah al-Quran kategori kanak-kanak dan remaja memberikan saya satu pengalaman yang cukup berharga untuk meninjau sejauhmana pendidikan al-Quran menjadi keutamaan kepada ibu bapa. 


Boleh dikatakan hanya segelintir sahaja anak-anak yang meningkat remaja ini yang benar-benar menguasai atau boleh membaca al-Quran secara tartil. Yakni membaca al-Quran mengikut tajwid yang betul. 

Membaca al-Quran mestilah dilakukan setiap hari agar kita dapat membaca dengan lancar tanpa melakukan kesalahan dengan melanggar hukum-hukum tajwid.   

Pendidikan al-Quran semesti bermula dari anak-anak masih kecil untuk mereka terus menjadikannya amalan harian bila dewasa nanti. 

Membaca al-Quran mempunyai pengertian yang cukup luas. Ia bukan sekadar untuk dilagu-lagukan sahaja, tetapi penghayatannya dalam  kehidupan seharian kita.

Tiada ulasan: