Baru-baru ini saya berkesempatan membawa emak ke Masjid Putra, Putrajaya. Bagi mereka yang biasa ke Putrajaya mungkin, itu tiada apa-apa yang menarik, cuma ia perkara biasa dan tidak ada apa-apa.
Namun pada saya, ia sesuatu yang menarik dan sangat bererti dalam kehidupan saya sebagai seorang anak. Memenuhi hasrat dan kehendak seorang ibu dirasakan satu kepuasan. Hargailah kehadiran seorang ibu dengan menunaikan kehendaknya yang tidak seberapa itu.
Sebagai seorang anak, hargailah seorang ibu selagi mereka masih hidup, agar tidak berlaku kekesalan pada diri. Jika ditakdirkan mereka telah tiada nanti atau diri kita yang pergi dahulu (kita tidak tahu dalam soal umur), kita akan merasa satu kepuasan, sebab telah berbakti dan menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Kita tidak akan merasa kesal atau menangis tidak berlagu.
Saya juga ingin mendidik diri untuk berbakti dan menjadi anak yang baik kepada emak. Kini emak memang terasa sunyi, sebab baru kematian suami dua bulan yang lepas. Iaitu ayah saya. Kini, emak tinggal di rumah saya. Alhamdulillah.
Saya selalu melayan emak berbual-bual untuk menghilangkan kenangan emak bersama arwah bapa. Tetapi sejauh manalah usaha saya itu. Terlalu banyak kenangan emak bersama arwah dan ia masa-masa yang panjang. Ikatan perkahwinan mereka selama lebih kurang lima puluh tahun lebih.
Masa-masa yang terluang, saya suka melayan emak bercerita tentang kisah-kisah dahulu. Emak semasa zaman anak-anaknya, zaman tinggal di kampung, seronoknya emak ikut ayahnya memancing ikan di laut sebab emak anak seorang nelayan di Kampung Sitiawan, kenangan emak membesarkan anak-anak dan lain-lain.
Saya merasai satu kebahagiaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini. Jika dulu (masa arwah bapa masih ada) saya sibuk dengan mengurus hal rumahtangga suami dan anak-anak di Kuala Lumpur, emak dan bapa pula tinggal di Ipoh, Perak. Kini, bila emak tinggal bersama saya, saya dapat menghargai kehadiran seorang ibu dalam hidup ini. Alhamdulillah.
![]() |
| Inilah emak saya. |
![]() |
| Saya sayang emak. Perlu kita tunjukkan sayang kita kepada emak sebagai menghargai mereka. |
![]() |
| Iktibar buat diri saya. Sayangi mereka selagi emak masih di dunia, bukan menangis meraung pelbagai hanya ketika mereka telah tiada di dunia ini. |
![]() |
| Emak mesti gembira bila dapat bersama anak-anak, sebagaimana yang saya rasakan kini. Saya menjadi gembira bila dapat bersama dengan anak-anak, begitu juga dengan emak. |
![]() |
| Insya Allah, ada rezeki semua anak-anak emak akan selalu di samping emak. |





Tiada ulasan:
Catat Ulasan