Entri ini dikhususkan kepada mereka yang berminat ruangan : Sesedap Rasa.
Apa ya yang ingin kita cuba resepi kali ini? Hari ini saya ingin kenalkan satu jenis masakan yang mudah tetapi sedap. Namanya TOMYAM MUDAH & SEDAP.
Saya dah cuba. Hasilnya boleh tahan jugalah. Kerja mudah dan jimat masa. Jika kita beli diluarpun rasanya lebih kurang begitu juga.
Bahan;
Ayam potong kecil
tomato 2 biji
bawang merah sebiji
daun limau purut
serai 2 batang
cili kisar
asam keping 2 keping
sikit lengkuas
Cara.
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan tomato dalam 2-3 biji.
2. Bila tomato agak lembik, tumiskan pula bawang merah sebiji, serai sampai naik bau.
3. Masukkan dan tumiskan sekali cili kisar. Letak air.
4. Setelah didih masukkan ayam. Kemudian pelbagai sayuran.
5. Letak asam keping dan daun limau purut.
6. Bila semuanya dah masak tutup api.
Tomyam ini sedap dimakan bersama mihun.
Diucapkan ribuan terimakasih kepada penaja resepi Ruangan Sesedap Rasa kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan