Isnin, Mei 20, 2013

Stress Jalanan

Setiap hari kita akan memandu kereta. Ke mana sahaja kita hendak pergi mudah dengan berkereta. Bila semuanya mahu yang mudah kita akan mengalami pula yang payah. Apa yang payahnya? Menghadapi kesesakan jalanraya pagi dan petang. Mengambil kata popularnya stress. 

Ya... memang benar. Melihat bagaimana akhlak ketika memandupun kita sudah boleh mengenal baran tak baran seseorang. Jangan terkejut melihat orang boleh mencarut dan memaki hamun bila berhadapan dengan kesesakkan jalanraya. Apa lagi bila kereta setakat mampu bergerak macam semut. Adui mak! Stress ma! Ia dianggap sebagai satu tekanan jiwa. Tambah-tambah waktu hujan...ada kereta yang rosak, accident dan macam-macam halnya.

Adakalanya saya pun termasuk juga dalam situasi yang tidak diduga ini. Ketika itu cepat-cepat saya mengucap dan saya memohon ampun kepada Allah..astaghfirullah. Jika jalanraya sesak ketika hari hujan, jangan menyalahkan hujan turun. Hujan yang Allah turunkan tidak pernah salah. 

Apa yang salah dan lemahnya ialah manusia. Manusia yang tidak dapat mendidik diri untuk bersabar menghadapi kesesakan jalanraya. Manusia yang tidak boleh bertolak ansur dengan pemandu-pemandu di sekelilingnya. Manusia yang hanya mahu cepat dan fikir diri sendiri tanpa memikirkan manusia lain.           

Tiada ulasan: