Isnin, Mei 27, 2013

Santai Seketika - Pantai Puteri, Melaka.


Gambar yang sempat dirakamkan. Ni...yang sempat berkumpul...tapi masih ramai yang tidak turut serta.     

Sesekali dapat bersantai dan berkumpul dengan adik beradik yang lain. Turut bersama ayahanda dan bonda tercinta. Alhamdulillah. Syukur masih dipanjangkan usia untuk merasai keindahan pengalaman ini. 

Sekadar sempat berjalan di persisiran pantai sahaja. Ketika kami sampai, sedang diadakan pertandingan memancing, sepanjang tepi pantai dipenuhi deretan pancing yang sedang menunggu umpan dimakan ikan. 

Terfikir juga, mudahkah mendapat ikan sekadar memancing di tepi pantai. Rasanya pastilah si pemancing terpaksa menunggu lama dan bersabar. Melihat deretan pancing yang tegak kemas berdiri, pasti ramai yang masuk bertanding. 

Bagi yang minat memancing, lama tidak menjadi hal tetapi mungkin seronok dan hati terasa puas. Tambahan pula ada hadiah yang lumayan menanti  
   

Sekadar mengambil angin pantai dan menyegarkan minda di hujung minggu saya meluangkan masa bersama anak-anak. Ruang dan peluang tidak dilepaskan dengan sia-sia. Ikatan kekeluargaan dapat dieratkan dengan berkumpul di hujung minggu.   

Tiada ulasan: