Isnin, Mei 27, 2013

MENGASAH BAKAT.

Ada bakat sahaja belum mencukupi untuk berjaya di dalam sesuatu bidang. Ia perlu disertai dengan minat dan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Selalunya mereka ynag mempunyai bakat akan lebih berjaya jika bakat itu digunakan dan dipertajamkan dari hari ke hari. 

Misalnya mereka yang mempunyai bakat dalam menulis, mestilah selalu menulis dan menulis. Terlebih baik lagi jika dapat menghadiri seminar, bengkel, kursus atau apa-apa sahaja yang ada kaitan untuk memajukan diri dalam dunia penulisan. 

Mereka yang berminat untuk menulis, digalakkan untuk rajin membaca buku-buku yang menarik, bagus dan yang terkini di pasaran. Misalnya mengikut perkembangan semasa, mengenali gaya penulisan seseorang dan sebagainya. 

Selain terus menulis melalui mana-mana peluang dan ruang yang ada, elakkan dari cepat bosan untuk terus menulis. Ingat ya! Mereka yang berminat dan bersyukur dengan bakat yang dimilikinya tidak akan pernah bosan untuk terus melakukan sesuatu yang disukai dan menjadi hiburan untuk dirinya. Apa lagi jika ia boleh mendatangkan pendapatan sampingan.       


  

Tiada ulasan: