Selasa, Mac 26, 2013

MUSCAT, OMAN.


Dalam perjalanan menuju lapangan terbang Jeddah, kami perlu singgah di Oman. Masya Allah, tidak semena-mena pula sudah berada di hadapan Restaurant Afnan, Oman. 
    

Bismillah - dengan nama Allah kami menghabiskan makanan. Kami sempat bersantap hidangan tengahari di meja makan ini. Gambar yang terpampang adalah Sultan Oman iaitu Sultan Caboos. Khabarnya satu RM bersamaan 8 riyal Oman. Masya Allah - ada orang kata hanya orang yang kaya sahaja yang mampu makan di sini...tetapi bila Allah kata sudah menjadi rezeki seseorang - tiada siapa dapat menghalang. 



Alhamdulillah atas rezeki ini. Mana tahu boleh jangkit menjangkit kekayaan itu. Harta dunia di tangan bukan di hati. Itulah hati yang dimiliki mereka yang hanya mahu mencari keredaan Allah. Lihat Rasulullah s.a.w dan sebahagian para sahabat, mereka kaya harta dunia dan kaya hati serta jiwa untuk mengorbankan segalanya agar Islam tertegak di muka bumi ini. Sampai masa dan ketikanya kita juga ada niat untuk jihad di jalan Allah.    

Tiada ulasan: