"Hidup mesti diteruskan dengan daya juang yang bersungguh-sungguh." Zuhriah Mohamad Juoi.
Selasa, Mac 26, 2013
CATATAN UMRAH - MENARA JAM MAKKAH, KAMERA DAN ILHAM MENULIS.
Alhamdulillah, selamat tiba di kota Makkah setelah lebih kurang enam hari berada di bumi Madinah. Setibanya di bilik penginapan, tiba-tiba saya tertarik untuk menyelak langsir hotel. Saya ingin melihat pemandangan di luar.
"Subhana Allah - Maha Suci Allah". Saya dapat melihat Menara Jam Makkah dengan jelas sekali, dari bilik penginapan 1204 Hotel Heraa Makkah.
"Oh, senanglah untuk mencari arah menuju ke Masjidil Haram nanti." Bisik saya sendirian.
Secara spontan Samsung Galaxy Note memainkan peranan. Beli mahal-mahal biarlah benar-benar berbaloi untuk merakamkan sebuah kenangan dan mencatat apa yang perlu.
Ia membantu merasai satu keinsafan untuk menjadi seorang hamba yang setia dan tidak lupa untuk sujud syukur kepada Allah SWT, tatkala dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Sewaktu menjadi tetamu Allah di bumi Makkah al-Mukarramah.
Gambar ini kelihatan agak berbeza. Satu pekat, satu cerah. Yang pekat tu semestinya malam, yang cerah tu, waktu bila pula saya ambil ya? Apa yang pasti ia di siang hari.
Di sinilah peranan kamera - ia mengingatkan kita kepada peristiwa yang sudah berlaku. Bukan itu sahaja, ada lagi yang lebih mahal daripada itu. Ia modal ilham dan sekali gus mendatangkan rezeki yang lumayan. Allahu Akbar - Allah Maha Besar.
Baiknya Allah yang sentiasa mendengar rintihan dan harapan para hamba-Nya. Motivasi buat diri saya untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Di mana ada kemahuan di situ ada usaha dan kesungguhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan