Pembaca yang budiman
Hujung minggu ini, baru terasa lega sedikit. Duduk di rumah dan menumpukan pada kerja-kerja rumah yang sepatutnya saya lakukan. Alhamdulillah. Kemas dan kemas. Terutamanya meja tulis saya yang sentiasa penuh dengan buku-buku dan kertas-kertas. Kemasnya meja itu, harap minda saya turut tersusun kemas. Membina semangat untuk melakar ilham dan menyusun perancangan tahun 2013.
![]() |
| VERONA, ALAM PERDANA. |
Pelbagai proses yang perlu dilalui. Antara berkaitan dengan pihak PNSB, pejabat peguam dan bank. Perlu tanda tangani S & P yang baru. Semuanya perlu diperbaharui, seolah-olah hendak membeli rumah semula. Harap ada sinar yang menanti pada 2013. In sha Allah, kembali dengan minda positif dan hadapi ujian kehidupan dengan tenang dan sabar.
![]() |
| TAZKIRAH DI MASJID AT TAQWA SUBANG PERMAI, SHAH ALAM. |
Tahun 2012 memudahkan saya meneruskan perjalanan dengan melihat keindahan alam di Malaysia ini dan mendidik diri untuk sentiasa merasakan Allah itu Maha Besar, Maha Agung dan Maha Hebat. Lantaran perjalanan dan pengalaman hidup ini perlu saya nukilkan melalui penulisan buku.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan