Sabtu, Disember 29, 2012

Iktibar Kematian - SUATU PERINGATAN

Ketika melangkahkan kaki ke masjid untuk memulakan kelas mengaji al-Quran, saya terpandang dua orang muslimah sedang berada di bilik mandi jenazah masjid. Sebelum masuk ke dalam kelas, saya sempat menyinggah sekejap. Memberi salam sambil  memerhatikan mereka yang sedang menyiapkan kain kafan.

Mereka sedang menyediakan kain kafan. Peralatan mandi sudah tersedia. Situasi yang jarang saya temui itu (berada di bilik mandi jenazah) menyebabkan saya teringin untuk merakamkan keadaan ini. 



Mereka sedang menggunting kain kafan mengikut ukuran jenazah yang sudah ada. 


Sebentar tadi kedengaran bacaan surah yasin, kedengaran melalui pembesar suara masjid. Ada kematian seorang penduduk kampung (perempuan). Jenazah akan di bawa ke masjid untuk dimandikan, dikafankan  dan disembahyangkan.     

Tempat memandikan jenazah bersedia untuk digunakan. 

Peralatan mandi untuk jenazah sudah disediakan.

Di sinilah tempat mengkafankan jenazah. Ketika ini masih belum tersedia, sebab sedang dalam proses menyiapkan kain kafan. 

Sambil mengambil gambar ia juga mengingatkan diri ini bahawa  kematian pasti menunggu kita. Kadang-kadang kita terlupa dan alpa dengan kematian. 

Cukuplah kematian itu menginsafkan diri bahawa dunia ini hanyalah sementara. Suatu hari kita akan kembali menemui Maha Pencipta, Allah SWT.   


Tiada ulasan: