Rabu, Disember 12, 2012

BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR

Hari Sabtu yang lalu, tanpa dirancang kami telah pergi ke Bukit Malawati, Selangor. Maklumlah cuti. Anak saudara teringin untuk melihat monyet. Memulakan perjalanan tanpa dirancang, (sekali sekala menimbulkan keseronokan juga). Tiba di sana ambil tiket RM 5, kita akan dibawa ke atas bukit dan berhenti hadapan di muzium.  
     

Sebelum masuk muzium kita kan berjumpa monyet-monyet ini. Saya memang takut dengan binatang. Apa lagi nak beri mereka makan kacang, sayur, buah dan sebagainya. Saya hanya memerhatikan kakak, adik dan anak-anak saudara memberi mereka kacang. Bukan main seronok dan suka monyet-monyet tersebut bila ada pengunjung yang datang memberikan makanan kepada mereka. Jangan terkejut jika ada monyet yang terus merampas sahaja makanan atau apa sahaja yang dibawa. Berhati-hati bila singgah di kawasan ini.   



Meluangkan masa bersama keluarga adik dan kakak. Bukan selalu dapat begini. Masa digunakan untuk mendekatkan silaturahim dan melahirkan kasih sayang antara satu sama lain.  



Wajah-wajah ceria dengan perjalanan yang tidak dirancang ini. Alhamdulillah. Segala pujian untuk Allah. 

Tiada ulasan: