Sejujurnya saya bukanlah orang yang arif dalam bab masak memasak ini. Jika di rumah, apa sahaja yang dimasak bila sedang makan menikmati makanan, semua dirasakan lazat dan sedap belaka. Mnyedari saya bukan seorang chef, bila turun ke dapur bersama masyarakat, selalunya saya menjadi pembantu yang setia dalam bab potong memotong. Misalnya potong bawang, daging, sayur dan sebagainya. Kerja-kerja yang kecil, jika jika dilakukan dengan hati yang tulus, pasti mendapat pahala yang besar di sisi Allah. Insya Allah.
Para muslimah bertungkus lumus menyediakan hidangan tengahari. Sayangnya, saya perlu meninggalkan teman-teman di dapur kerana akan pergi ke Melaka tengahari itu, atas suatu urusan yang tidak dapat dielakkan.
Kesempatan bergambar dengan penyampai radio Hot FM di hadapan pintu masuk dapur Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, Kampung Sungai Penchala.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan