Agak kelewatan untuk mencatat perjalanan ini. Saya mencuri sedikit masa untuk terus merakam pengalaman perjalanan. Kali ini kita berjalan ke tempat ikan bakar Muara Sungai Duyung, Melaka. Tanpa perancangan yang rapi, kami singgah sebentar di sini.Selepas menunaikan solat qasar (jamak takdim - maghrib dan isya), kami sampai di sini.
Datang tanpa dirancang, menyebabkan kami terpaksa berbaris dan menunggu agak lama untuk mendapat meja yang kosong. Fuhh...punya ler ramai manusia yang datang makan. Menguji kesabaran. Hinggakan anak saudara ada yang tertidur di meja makan. Bila mengantuk yang amat sangat, makanan yang segar dan enak sudah tidak bererti lagi. Tapi...ramai lagi yang sedang menanti makanan tiba.
Antara pesanan menu pada malam itu; sambal tumis udang, sotong goreng tepung, siakap kukus dan siakap tiga rasa, nasi lemak dan air limau. Cukup menyelerakan dan mengenyangkan. Memang kenyang. Alhamdulillah - hanya pada Allah mengucapkan syukur yang berpanjangan.
Sebelum pulang bermalam di rumah adik, sempat bersiar-siar mengambil angin malam di pantai yang berdekatan. Perjalanan dan pengalaman sangat mematangkan diri dan menambahkan ilham untuk mencatat sesuatu yang dapat dijadikan terapi diri.
Ke mana dan di mana jadilah;
Orang yang menyebut dan berzikir mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan berbaring mengiring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata); "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semuanya ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka." (Surah ali-Imran : 191)




Tiada ulasan:
Catat Ulasan