Selasa, Oktober 09, 2012

Dunia Buku - CENDOL PULUT, SANTAN LEBIH.

Assalamualaikum; 
Pembaca yang budiman, 
Entah bagaimana tertarik benar saya dengan Cendol Pulut, Santan Lebih. Mulalah saya memberikan bahasa yang mudah difahami oleh suami untuk saya segera memilikinya. Hai... terbayang di ruang mata sedapnya cendol pulut, santan lebih, bila dinikmati pada waktu tengahari yang panas. 

Pesan saya pada suami, bila dia hendak ke pejabat pagi itu; 

"Jangan lupa ya..jika boleh dapatkan sekali tanda tangan penulis Cendol Pulut, Santan Lebih." 

Selalunya bila membeli buku, saya tidak kisah untuk mendapatkan tanda tangan penulis, tetapi teringat pula janji Datuk Abd Jalil Ali dalam Midi Oktober 2012 ruangan Diari Suami; Dan kalau kebetulan saya ada, boleh dapatkan tanda tangan, tanpa bayaran tambahan.   

"Insya Allah", jawab suami bersahaja bila turun dari kereta. 

Alhamdulillah petang itu suami dengan wajah yang berseri-seri menghulurkan buku Cendol Pulut, Santan Lebih. Sudah siap dengan tanda tangan penulisnya sekali. 

"Terima Kasih Datuk Abd. Jalil Ali." Itulah ucapan yang mampu saya lahirkan.  

Bila buku sudah di tangan, dan matapun pantas membaca. Bukan setakat senyuman meleret tetapi saya sudah jadi ketawa sendiri dibuatnya. Kelakar dan mempunyai tarikan dan sindiran yang memberi manfaat. 

Namun yang lebih penting pada saya, buku tersebut memberikan kekuatan untuk saya terus mengasah bakat dalam dunia penulisan secara tidak langsung. 

Nota.
Sejak kebelakangan ini suami lebih memahami diri saya. Jika baru-baru kahwin dahulu, suami paling takut jika saya memegang buku. Takut dirinya tidak dipedulikan. Bila perkahwinan sudah menjangkau hampir 21 tahun, dialah yang banyak memberi semangat dan dorongan untuk saya lebih bersungguh-sungguh dalam dunia penulisan.  

2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum

tertarik juga untuk mendapatkan senaskhah. Mesti menarik sekali isi kandungannya. Kan?!

Zuhriah Mohamad Juoi berkata...

Assalam. Dah dapatkan buku ni?