Assalamualaikum.
Pembaca yang budiman,
Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang bersungguh untuk memiliki buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini. Sedaya mungkin ZMJ IQRA TRAINING akan menguruskan buku yang dipesan dengan kiriman pos laju. Harap maaf pembaca terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk urusan pos laju tetapi ternyata ia selamat sampai. Insya Allah.
Memesan melalui ZMJ IQRA TRAINING adalah salah satu cara untuk mendapatkan buku ini, sekiranya di tempat anda atau di kedai-kedai buku agak sukar untuk mendapatkannya.
Kebanyakan mereka yang memesan buku ini, isimewanya untuk dibuat hadiah hantaran pernikahan.
Saya pula mengharapkan segala pengalaman diri yang saya terjemahkan melalui buku itu akan memberikan sedikit panduan dan kita berkongsi pengalaman. Saya bukanlah pakar dalam segala segi tetapi tidak salah kita berkongsi pengalaman hidup yang dilalui. Misalnya kita sebagai wanita pasti melalui zaman kanak-kanak, remaja, dewasa dan berumah tangga.
Seorang wanita yang normal tidak kiralah sama ada dia masih di bangku sekolah, di universiti atau di alam pekerjaan, mestilah di dalam hatinya terdetik atau memikirkan soal perkahwinan. Ia adalah fitrah manusia. Semua manusia menginginkan hidup berkasih sayang dan Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan.
Ini menunjukkan setiap manusia ada jodoh yang Allah telah tetapkan untuk dirinya. Pasti di suatu masa nanti, akan bertemu jodoh sebagai mana yang ditakdirkan Allah ke atas diri seseorang. Insya Allah. Cuma pesan saya, andainya jodoh itu telah datang janganlah pula kita menolak peluang yang ada. Takut-takut terlalu memilih dan agak cerewet jodohnya akan terlepas pula!
Terima kasih atas sokongan para pembaca. Melalui blog ini walaupun kita tidak pernah bertemu, saya rasakan saya dapat mendekati pengunjung blog yang semakin hari semakin mendapat sambutan.
Ya...saya petik dalam tulisan Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini. Saya hanyalah insan biasa, yang bergelar suri rumah sepenuh masa. Tetapi tidak pernah melupakan ungkapan indah ini.
Orang biasa hanya melakukan perkara biasa untuk mencapai kejayaan yang luar biasa. Iaitu melakukan sesuatu berdasarkan keupayaan diri sendiri.
Salam Kasih Sayang untuk pembaca budiman!
Tanpa anak-anak di sisi,
Zuhriah Mohamad Juoi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan