Di hadapan sana, terpandang seorang pencuci kereta mungkin dari Bangladesh agaknya, sedang mencuci kereta. Dia hanya berbekalkan sebuah basikal, tong air, alat pencuci kereta dan kain pengelap.
Ketika asyik memerhatikan dia bekerja, terpandang oleh saya kaki kirinya yang cacat, mengecil dan sikit kudung. Dia hanya mengatur selangkah demi selangkah dengan terdengkut-dengkut sambil tangannya ligat mencuci kereta. Bersungguh-sungguh dan pantas sekali dia melakukannya. Ketika itu hujan gerimis.
Tertarik dengan aksinya yang bersahaja itu, saya pun mencapai telefon bimbit untuk merakamkannya. Tetapi dalam jarak yang agak jauh juga. Ia sangat memberi iktibar buat diri saya yang sempurna anggota badan ini. Rajin berusaha datang dari sikap diri yang rajin, gigih dan tabah. Bak kata pepatah...hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.
Peristiwa di hadapan mata mengajar saya untuk menjadi seorang yang rajin berusaha. Walaupun kaki yang cacat tetapi memiliki hati tetap sihat. Boleh hidup mencari sumber rezeki yang halal. Ya...benar hendak seribu daya. Jika tidak mahu seribu pula dalihnya

1 ulasan:
Apa yang berada di sekeliling menjadi iktibar kepada minda yang terbuka dan hati yang menginginkan kebaikan. Nilai di sudut yang positif.
Catat Ulasan