Selasa, Ogos 07, 2012

NIAT SESEORANG.

Bila membicarakan tentang niat, semua orang tidak dapat menduga apa yang berada di dalam hati seseorang. Tetapi kita selalu ditekan dan diajar untuk membuat sesuatu semuanya kerana Allah SWT.Misalnya bila hendak melakukan solat, kita dituntut untuk berniat, 
"Aku bersolat fardhu ..... kerana Allah Taala." Begitu juga dengan berpuasa; 
"Sahaja aku berpuasa esok hari kerana Allah Taala." Apa jua yang hendak kita lakukan semuanya kerana Allah Taala. 
Andainya apa sahaja pekerjaan yang tidak kita niatkan kerana Allah, tetapi ada udang di sebalik batu, pastinya kita akan menjadi manusia yang rugi.
"Sesungguhnya setiap amal itu tergantung dari niatnya, dan sesungguhnya seseorang itu hanya mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (dinilai) kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang hendak diraihnya atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka (hakikat) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya." (Riwayat al-Bukhari)     
Justeru apa sahaja kebaikan yang ingin kita lakukan, niatkanlah kerana Allah. Di situ nanti akan melatih kita untuk terus menjaga niat yang di dalam hati. Allah jualah yang  dapat menilai keikhlasan seseorang. Ikhlas itu di hati dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui hati seseorang.     

Tiada ulasan: