Ahad, Jun 10, 2012

KEISTIMEWAAN KURSUS JENAZAH ANJURAN BIRO MUSLIMAH MASJID JAMEK TENGKU ABDUL AZIZ SHAH, KAMPUNG SUNGAI PENCHALA.

Assalamualaikum, 
Kaum ibu yang dihormati sekalian, 
Andainya berminat untuk mengikut KURSUS JENAZAH KHUSUS UNTUK MUSLIMAH, anda dialu-alukan. Tempat masih ada dan terbuka kepada sesiapa sahaja muslimah yang ingin menambahkan ilmu pengetahuan tentang pengurusan jenazah. Maklumat lanjut sila rujuk entri sebelumnya. 
Jika anda menghadiri kursus ini, anda akan berpeluang mendapatkan;
  • Senaskhah buku nota, buku Jenazah Islam yang disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  • kudapan pagi.
  • bekalan makanan tengahari untuk dibawa pulang.  
Semoga kita dapat merebut peluang ini untuk menimba pengetahuan tentang cara-cara pengurusan jenazah. Jumpa pada 16 Jun Sabtu jam 8.30 pagi di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah. Insya Allah. 


Mengambil kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Jabatan agama Islam Wilayah Persekutuan yang memberikan kerjasama yang baik untuk menjalankan Kursus Jenazah ini.  



2 ulasan:

cahayaygmemelihara berkata...

Saya terlepas majlis ilmu ini lagi...tetapi sentiasa mncari kesempatan utk menyertai kursus ini...jika ada pd masa akn dtg,boleh puan hubungi saya?

Zuhriah Mohamad Juoi berkata...

Kepada;
Cahaya Yg Memelihara.
Terima kasih. Insya Allah akan saya beritahu kelak.