Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung/pembaca blogzuhriahmohamadjuoi.blogspot.com. Bersama hari-hari yang sentiasa silih berganti, blog ini juga semakin bertambah pengunjungnya dari hari ke hari. Alhamdulillah, segala puji hanya layak untuk Allah SWT.
Malam ini ada perjumpaan mesyuarat bersama Biro Muslimah Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala. Saya diminta untuk membentang program KURSUS JENAZAH yang akan diadakan pada 16 Jun ini bersamaan hari Sabtu depan. Semoga saya dapat melakukannya dengan baik dan penyampaian yang lancar.
Diharapkan juga daripada para pembaca yang budiman, sama-sama berdoa agar segala perjalanan kursus ini dimudahkan oleh Allah dan mendapat sambutan masyarakat setempat terutamanya kaum ibu yang tinggal di Sungai Penchala. Setidak-tidak dengan menghadiri kursus ini nanti, kita akan mendapat ilmu bagaimana untuk menguruskan jenazah terutamanya bila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga sendiri. Kita tidak akan menjadi panik aatau takut, tetapi ada ilmu yang dapat membantu diri kita.
![]() |
| Aktivitis Masyarakat |
Peringatan buat diri sendiri dan pembaca yang budiman,
Kita tidak tahu bila akan berlakunya kematian, hatta kematian diri sendiripun kita tidak dapat mengagaknya. Namun, kita mesti ingat kematian pasti menjemput jua sama ada kita sukai atau tidak. Kematian adalah suatu janji yang pasti bagi setiap yang bernyawa.
Ingat selalu, pesanan buat diriku!
Salam manis dan jumpa lagi....Insya Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan